Boo!
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Contest:Saya sayang...

Assalammualaikum...
Dear readers or readers yang paling saya sayang..
eh!dah termasuk dalam list..hihi..
Okey..acctually sy x de gambar..eh jap!
(3 minit=pasang pendrive dan check)
Alah..ade gamabar kucing aje..tapi sayang dyeorang...tape dyeorang 
pon nak femesh gak kan?(eja pon salah)
Okey!asal tulisan jadik kecik? ntah..hee..okeh(bape bnyk okeh da..)
Ini adalah listnye

  • Mama dan abah..
Mama dan abah adalah insan yang paling saya sayang dalam hidup saya.Mereka bagaikan oksigen yang 
digunakan oleh insan yang bernama Nurul Azmiera binti Daud ini untuk terus menghirup udara yang diserikan dengan kehadiran mereka.Kerana tanpa mereka,siapalah saya didunia ini ..mungkin saya tidak akan 
wujud lagi..Saya hampir menitiskan air mata yang tidak mungkin dapat digantikan dengan segala penat lelah mereka selama membesarkan saya untuk menjadikan saya seorang yang cemerlang dari segi sahsiah diri serta
rohani..Saya masih ingat tatkala saya menjulang hamper yang diberikan guru kerana mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.Saya hampir mengalirkan air mata.Mama menghampiri saya dan memeluk saya..
Saya menunjukkan slip UPSR.Lalu,mama bagai tidak percaya..Sampai bila-bila saya sayang mama dan abah!

 kucing ..


Ini adalah dua ekor kucing kesayangan saya.Mereka dapat menemani saya ketika susah dan senang.Mereka lebih memahami berbanding manusia.Mereka sentiasa cuba untuk menceriakan hati saya yang hambar dengan 
telatah dan ragam yang ditonjolkan.Yang berwarna hitam namanya Kepink.Manakala yang sebelahnya 
Marsella.Hmm..Marsella telah meninggalkan saya.Dia  telah pergi merantau ke sesuatu tempat.
Saya dapati dia tiada di rumah.Sayu hati apabila mengenangkannya.Saya tetap tabahkan hati dan berdoa 
agar dia baik-baik sahaja.T.T

 Owlina

Owlina.Patung burung hangtu yang sungguh comel.Dia dapat mencairkan hati sesiapa sahaja.
Owlina dibeli semasa saya ke Gardenia.Mama belikan.Tetapi masih menggunakan wang saya.
Tidak mengapa.Saya masih sayangkannya.Harganya RM19.90.Saya merelakan wang saya berlalu di tangan juruwang.Saya selalu jadikan dia sebagai diary kedua untuk mencurahkan perasaan.Saya 
sayang Owlina!

 Komputer

Saya sayang komputer saya.Dia lebih berharga daripada emas.Segala dokumen berada di situ.
Komputer saya juga dapat menghubungkan saya dengan rakan-rakan yang jauh dan yang telah berpisah daripada saya dengan menggunakan aplikasi Facebook.Ia juga tempat saya untuk menghilangkan kebosanan dengan bermain permainan yang terdapat di dalam komputer saya.
Bagi saya,Komputer bagaikan gadget paling canggih yang pernah saya ada.

 Blog!

Saya juga tidak akan melupakan blog kesayangan saya ini.Blog ini telah berkhidmat selama setahun setakat ini.Saya sedang menyediakan kontrak supaya blog ini berkhidmat dengan lebih lama.Blog ini adalah diary online saya.Saya tidak mahu mencari populariti.Cukuplah dengan mendapat rakan baharu.
Bagi saya,tanpa blog tidak berseri hidup saya.

Heee..itulah serba sedikit(asal aq maseh cakap bahasa baku)kegemaran aq.Tapi contest ni bagi 5 jer..
Takpela..dear readers..jangan merajuk..anda semua pun saya sayang!^_^

Saya tag=


    Ditepek kat sini pada6:12 AM | 0 orang sesat
    <$CommentPager$>
    <$I18NCommentAuthorSaid$>

    <$BlogCommentBody$>

    <$BlogCommentDeleteIcon$>
    <$CommentPager$>

    <$BlogItemCreate$>