Boo!
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Kasih Menanti - bab 2
   Bab 2
 
                " Ya ? Oh , Faiz . Kamu sihat ? Syukur , Alhamdulillah . Kamu nak balik ya ? Baik . Waalaikumussalam . " Mak Laila mematikan talian setelah perbualan tamat .
              
                Dia sungguh teruja . Anaknya bakal pulang setelah 6 tahun lamanya berada di Perth , Australia . Faiz atau nama penuhnya Muhamad Faiz telah pergi melanjutkan pelajaran ke negara yang sinonim dengan kanggaru itu sejak ibunya bekerja sebagai orang gaji di rumah Puan Saniah .

                Kini , dia akan pulang ke pangkuan ibunya semula . Namun , perkara yang menyedihkan hati Faiz ialah ibunya tidak turut serta pada majlis graduasinya . Dia berasa sedikit hampa namun dia harus mengerti ibunya tidak mampu ke negara itu .

               " Tuk , tuk , tuk ! " Bunyi ketukan pintu kedengaran dari pintu belakang dapur . Mak Laila segera belari anak menuju ke pintu tersebut . Hatinya kuat mengatakan itu adalah anak lelakinya .

                Benar , sangkaanya tepat sekali . Anaknya berkemeja biru laut dan berseluar panjang sedang berdiri sambil tersenyum melihat ibunya yang seolah - olah kehilangan kata .

               " Ibu ! Ni Faizlah . Ibu kenal tak ? Faiz rindu ibu " ucap pemuda itu dengan suara yang sedikit garau . Mak Laila menjatuhkan air mata kegembiraan mendengar kata - kata anaknya itu lalu memeluk tubuh Faiz yang lebih tinggi 10 sentimeter dari diri wanita itu .

               " Faiz ada bawa sijil graduasi , bu . Ibu nak tengok tak ? " soal Faiz dengan perasaan teruja setelah mengecapi kejayaan di negara orang . Wanita itu mengangguk tanda setuju .

                " Ibu bangga ada anak seperti kamu . " ujar  Mak Laila kegembiraan . Ya , ibu mana yang tidak gembira melihat kejayaan anaknya .

                 Faiz dan Mak Laila berjalan seiring menuju ke bilik pembantu rumah di banglo itu . Ruang bilik itu agak luas dan dilengkapi perabot juga penghawa dingin . Faiz menghela nafas lega .

                " Mari , ibu tunjukkan majikan ibu . " kata  Mak Laila sambil menarik tangan pemuda itu . Mereka tiba di halaman rumah .

                 Kelihatan Puan Saniah sedang asyik memberi makan kepada ikan belaan beliau di kolam ikan miliknya . Beliau menjaga kolam itu begitu rapi . Terdapat beberapa tumbuhan di sekeliling kolam itu .

                 " Puan . Inilah anak saya yang saya ceritakan tempoh hari . Muahamad Faiz namanya . " ujar Mak Laila .

                  " Oh , ini orangnya . Tahniah , ya . Dah dapat kerja belum ? " Soal Puan Saniah sambil menguntum senyum .

                   " Belum , puan . Saya ni ambil bidang arkitek puan . " jawab Faiz . Puan Saniah tersenyum  . Dia seperti memikirkan sesuatu .

                   " Hmm , apa kata awak pergi temuduga saya pada hari esok . Boleh ? Sebab syarikat saya perlukan arkitek yang professional seperti awak . " tawar Puan Saniah . Faiz dan ibunya tergamam . Mak Laila mengganguk kepada Faiz agar menyahut tawaran tersebut .

                   " Terima kasih , puan . Saya mahu sekali . Terima kasih . " jelas Faiz dengan teruja . Puan Saniah mengangguk mesra .

                  " Mama ! Ada nampak kasut stiletto adik tak ? " teriak Nabilah yang bergema dari dalam rumah . Dia berlari ke arah ibunya .

                  " Hah , adik . Mari sini . Kenalkan . Ini namanya Muhamad Faiz . Anak kepada bibik . Faiz , ini Nabilah . Panggil saja adik . " ujar Puan Saniah .

                  ' Hah ? Anak orang tua ni ? Melepas aku . Dahlah dia ini hensem , tinggi . Muka pun baik . ' getus hati Nabilah . Dia memuncungkan bibir tanda protes .

                  " Hai . " kata Faiz sambil tersenyum menampakkan giginya yang putih . ' Apa agaknya jenama ubat gigi yang dia guna , ya . ' desis hati Nabilah lagi .

                  " Oh , kesah pula . Huh ! " ujar Nabilah sambil menjeling terhadap anak - beranak itu . Faiz membalas jelingannya kembali . Mak Laila tunduk ke tanah . Puan Saniah menggeleng kepala .

                 ' Hah ? Berani dia balas jelingan aku . Ini bermakna perang . ' desis hati Nabilah . Nabilah menghentak kaki berjalan ke dalam rumah .

                " Saya minta maaf , ya . Nabilah memang begitu . Penat saya fikir perangai dia . Dia tu baru tamat pengajian di Universiti Malaya . Sebab itu dia ingin menikmati kepuasan tamat pengajian .  " ujar Puan Saniah .

              " Bukan puan yang perlu meminta maaf tetapi perempuan itu . " ujar Faiz . Mak Laila mencubit siku Faiz . Puan Saniah senyap . Masing - masing senyap tanpa berbicara .

               Mak Laila dan Faiz meminta diri untuk beredar dari situ . Puan Saniah mengangguk . Kecut perut Mak Laila mendengar kata - kata anaknya tadi kepada majikannya .

             Langkah Faiz terhenti apabil dihalang oleh seorang lelaki . Lelaki itu adalah Encik Mokhtar . Faiz sudah mengetahui serba - sedikit mengenai lelaki itu melalui ibunya .

            " Siapa kamu ni ? " Soal Encik Mokhtar . Mak Laila menerangkan tentang anaknya kepada Encik Mokhtar . Encik Mokhtar kelihatan gembira . Dia berjabat tangan dengan pemuda tersebut .

            " Saya pergi dulu ya , bibik dan Faiz . " ujar Encik Mokhtar . Mak Laila kebingungan . Tiba - tiba sahaja dia berperilaku baik kepada Mak Laila .

               Mungkinkah kehadiran Faiz di rumah ini membawa tuah ? Mungkin . Apapun , Mak Laila bersyukur ada anak seperti Faiz .

Ditepek kat sini pada7:48 AM | 0 orang sesat
<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>