Boo!
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Kasih Menanti - bab 3
Bab 3

     " Ibu .. " Ucap Muhamad Faiz kepada Mak Laila yang sibuk memasak sarapan .

      " Ya .. , oh Faiz rupanya . "

     " Faiz pergi dulu ibu . Doakan Faiz berjaya dalam temuduga tu ya . "

     " Ibu sentiasa doakan Faiz , nak . " ujar Mak Laila .

     Muhamad Faiz membongkokkan badannya untuk bersalaman  dengan ibunya . Amat mesra mereka berdua . Faiz sempat melambai ke arah ibunya .

     " Faiz ! Dah nak pergi ke ? " ujar Puan Saniah .

     " Ah , ya puan . "

      " Marilah pergi saing . Tumpang saja kereta saya . "

      " Tapi , puan ... "

      " Alah , tak kena bayar pun . " gurau Puan Saniah . Muhamad Faiz mengangguk perlahan . Dia berasa malu untuk menaiki kereta Mercedes Benz kepunyaan Puan Saniah . Al maklumlah , Muhamad Faiz tidak pernah merasai suasana berada di kereta mewah sebegitu . Dia lahir dari keluarga bertaraf rendah .

       " Hei , termenung pula dia . " ujar Puan Saniah . Dia melepaskan ketawa kecil melihat pemuda itu terpinga - pinga .

         Selangkah sahaja masuk ke dalam perut kereta , dia ternampak Nabilah . Masing berpandangan silih berganti .

       " Duduk , Faiz . Ya Allah , kamu ni . Janganlah segan sangat . " kata Encik Mokhtar .

       " Baiklah , encik . " jawab Muhamad Faiz . ' Hish , siapa yang segan . ' hatinya berkata .

       Kereta dipacu laju meninggalkan halaman rumah banglo milik Encik Mokhtar tersebut . Keadaan trafik tidak begitu sesak pada pagi tersebut .

        Nabilah mengerling ke arah Muhamad Faiz . Muhamad Faiz sedar perkara tersebut namun dia hanya buat tidak endah sahaja .

        " Apa kau buat kat sini , hah . Kau sengaja ke nak ikut aku ? Haha , aku tahu . " ujar Nabilah selamba .

        " Aku ada temudugalah . Tak inginlah aku ikut kau . Kau tu buat apa pulak ? "

        " Aku kan anak abah dan mama . Biarlah aku nak ikut mereka . "

         " Jadi kau nak berlagaklah sekarang ni ? Hei , berambuslah . "

        " Kau tu yang tak sedar diri . Dahlah menumpang menyampah je ."

        " Faiz , adik , kenapa tu ? " soal Puan Saniah risau melihat kedua - dua remaja tersebut . Bulat mata beliau melihat mereka . Encik Mokhtar juga curi - curi lihat mereka berdua melalui cermin pandang belakang .

        " Tak ada apa - apa ! " mereka berdua jawab serentak . Puan Saniah tersenyum lebar . Mereka berdua saling berpandangan . Puan Saniah dan Encik Mokhtar kembali memandang hadapan .

         " Hish , sibuk saja . Orang nak cakap dia pun nak cakap . " ujar Muhamad Faiz .

          " Eleh , dia yang sibuk . Huh ! "

        Masing - masing menjuihkan bibir tanda tidak puas hati . Encik Mokhtar dan Puan Saniah yang mengintip di hadapan tersengih - sengih melihat anak mereka .

           " Macam kita dulu - dulu kan , awak . " bisik Encik Mokhtar kepada Puan Saniah .

          " Yelah , awak . " Mereka berdua tertawa apabila teringatkan kisah sewaktu bercinta . Kini mereka sudah mempunyai puteri . Alhamdulillah .

           Muhamad Faiz dan Nabilah kembali tersenyum melihat Encik Mokhtar dan Puan Saniah berbisik - bisik . Juihan bibir yang berlaku sebentar tadi telah tamat .

          " Baiklah , kita dah sampai . Turun . " beritahu Encik Mokhtar kepada penumpang di kereta miliknya . Mereka bergegas turun memasuki ke dalam bangunan kepunyaan pasangan suami isteri itu .

         " Wah , besarnya ! " ucap Faiz kagum .

         " Eleh , biasa saja . Orang macam kau memang kuno sebab tu teruja .. sangat kan lupe pula . Haha "

        Faiz mengepal segenggam penumbuk . Dia cuba menahan marahnya .

        " Suka hati akulah . " ujar Muhamad Faiz sambil menarik tudung Nabilah .

       " Hish , kurang ajar punya orang . " Nabilah mendengus kecil . Dia membetulkan tudungnya .

        Masing - masing sudah pergi ke haluan masing- masing . Muhamad Faiz berjalan mengikut Puan Saniah manakala Nabilah berjalan mengikut Encik Mokhtar .

        " Mari masuk . Nasib baik orang tidak ramai yang menemuduga . " ucap Puan Saniah .

       Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik temuduga . Setelah pengurus temuduga itu melihat beberapa rekaan Muhamad Faiz , dia ingin mengajukan soalan kepadanya .

        " Baiklah , saya kagum dengan rekaan awak . Boleh awak berikan alasan kenapa kami perlu menerima awak ? " ujar lelaki itu .

       " Jika saya diterima , saya berjanji akan menghasilkan rekaan - rekaan yang proffesional yang mampu mengangkat martabat syarikat ini , tuan . In Shaa Allah . "

       " Baiklah awak diterima ! " beritahu lelaki itu .

      Muhamad Faiz tersenyum lebar mendengar berita tersebut . Puan Saniah menghampirinya .

       " Tahniah ya nak . " ucap Puan Saniah yang turut gembira .

     " Terima kasih , puan . Kalau puan tiada , susah juga saya . "
 
      " Hehe , tak ada apa - apalah . Awak boleh masuk kerja esok . Oh , ya baliklah sekarang . Nabilah pun dah siap kot .  "

       " Dengan Nabilah ? "

         " Mama , adik dapat jawatan itu . Err , Faiz ? Maknanya adik kena balik dengan mamat poyo amat ni ? " Ucap Nabilah .

        " Tak inginlah balik dengan kau . "

       " Hei , dahlah tu . Nah kunci kereta . " ujar Puan Saniah . Muhamad Faiz dan Nabilah berjalan dalam jarak yang jauh menuju ke kereta .

      Gear kereta ditetapkan . Muhamad Faiz memandu dengan tenang . Nabilah tersenyum sinis . ' Hai , baik pula minah kepoh ni . ' hatinya berkata .

     ' Haha , lepas ni padan muka kau . Wuhuu ! ' Hati Nabilah riang . Ya ,  dia melakukan perkara yang jahat terhadap Muhamad Faiz .

    
 
        

Ditepek kat sini pada7:48 AM | 0 orang sesat
<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>