Boo!
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Kasih Menanti - bab 4
Bab 4   

 " Hmm , nampak tak jam tangan aku kat mana , wei ? " soal Muhamad Faiz dalam keadaan gelisah kepada Nabilah . Nabilah yang sedang melihat keluar tingkap terkejut mendengar soalan tersebut . Dia memasukkan tangannya ke dalam poket bajunya .

     " Maksud kau , ini ? Ya , aku sengaja ambil . Hahaha . "

     " Hei , pulangkan baliklah perempuan ! "

     " Kalau aku taknak kau nak buat apa ? " soal Nabilah . Muhamad Faiz cuba menahan geram . " Kau dengan emak engkau kena berambus dari rumah aku hari ini juga ! " sambungnya lagi lalu ketawa jahat .

     " Tak berbaloi langsung . Dasar perempuan .. ! " Mereka berdua bergelut di dalam kereta .Tudung Nabilah ditarik dengan kuat untuk mencapai jam tangan Muhamad Faiz . Stereng kereta dibiarkan tanpa dikawal .

     " Faiz ! Pokok ...... !!!! " jerit Nabilah . Muhamad Faiz yang baru tersedar tidak dapat mengawal kenderaan tersebut . " Bilah , tak boleh kawal ! " teriak Muhamad Faiz . " Arrgghhh ..... ! " Mereka berdua menjerit .

         " Dummmmm .... ! " Kereta melanggar pokok tersebut . Kereta mengeluarkan asap yang berkepul - kepul .  Kelihatan Muhamad Faiz dan Nabilah telah pengsan . Kereta Mercedes Benz itu telah remuk akibat pelanggaran yang berlaku tadi .  Muhamad Faiz dan Nabilah sudah berlumuran darah .

        " Kau ada dikala ku suka , dikala ku duka ... " deringan telefon bimbit kepunyaan Nabilah berbunyi . Namun , panggila itu tidak dijawab kerana Nabilah dalam keadaan tidak sedar . Ibu bapanya sungguh risau begitu juga Mak Laila .

      " Mana mereka berdua pergi ni , awak ? Tak angkat - angkat pun dari tadi . Saya risaulah . Hati saya katakan ada sesuatu berlaku pada mereka . " ucap Puan Saniah cemas .

       " Alah , dia tak perasan agaknya . Kita kenalah optimis sikit . " ujar Encik Mokhtar . Walhal , dadanya kian berombak . Dia juga tidak tenang . Tapi , dia harus tabah di hadapan isterinya .

      Kuakan pintu dibuka . Zul masuk dengan muka yang agak cemas . Dia tercungap - cungap seperti baru sahaja dikejar hantu . " Puan ! Encik ! Anak puan dan arkitek itu .... " beritahu Zul yang masih termengah - mengah .

      " Apa dia , Zul ? Cubalah bawa bertenang sikit . " ucap Encik Mokhtar . Puan Saniah kelihatan hilang sabar . " Cakaplah betul - betul ! Apa dia ? Saya risau ni ! Jangan sampai awak makan kasut saiz lapan nanti .. " ujar Puan Saniah .

      " Bawa bersabar ya . Gulp ! " Zul  berujar . " Anak awak dan arkitek itu terlibat dalam kemalangan  ! Mereka di Hospital Muar . " sambungnya lagi . Mereka berdua tersentak . " Tidak ! " jerit Puan Saniah . ' Kereta aku ..' desis hati Encik Mokhtar .

    " Cepatlah ! Mari pergi ! " ucap Puan Saniah yang sudah berlari  keluar pejabat terlebih dahulu . Encik Mokhtar mencapai kunci kereta syarikat . " Tunggu saya ! " kata Encik Mokhtar .
 
   Mereka berdua berlari menuju ke dalam kereta . Kereta meluncur laju meninggalkan bangunan tersebut . Puan  Saniah sudah menangis tersedu - sedan . Encik Mokhtar cuba memujuk dengan kata - katanya .

   Mereka tiba di hospital . Kelihatan Mak Laila sudah berada di situ . Mak Laila bersikap tenang menghadapi perkara seperti ini .

    " Bibik ..  ! Anak saya .. ! " ujar Puan Saniah .

    " Sabar ya , puan . Kita kena tabah . Serahkan saja pada Allah , ya . "

    " Baik , bibik . "

Ditepek kat sini pada7:01 PM | 0 orang sesat
<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>