Boo!
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Demi cinta kita [ Bab 1 ]


“Aduh, kau ni ! Asyik-asyik nampak kau aje. Naik bosan tau tak ! “ wajah Hadi Nasharudin dipandang sekilas. Nurul Syahadah lantas mencebik. Hadi Nasharudin tertawa kecil melihat perlakuan tunangnya itu.

  “ Hahaha, Nurul ni, kalau tak buat abang ketawa tak boleh ke ? Hahaha. Kita kan dah nak kahwin, mestilah selalu jumpa.  Lagipun, kan Nurul yang  lamar abang, hahaha. “ usik lelaki itu sambil menyiku kepala Nurul Syahadah.Nurul Syahadah menjerit. Geram dengan perlakuan Hadi Nasharudin.

 “ Hish, tak usah disebut perkara di zaman lampau. Nurul ni, kalau dah suka Nurul akan cakap. Nurul bukan nak jadi perigi cari timba. Tapi istilah perigi cari timba tu tak wujud rasanya. Tak salah kan kalau perempuan lamar lelaki ? “ bidas Nurul Syahadah. Menunggu jawapan daripada Hadi Nasharudin. Tiba-tiba, lelaki itu tersenyum. 
 “ Habis, selama ni setiap tahun kita jumpa waktu raya. Main pondok- pondok sama- sama. Abang jadi bapak, Nurul jadi mak. Sama- sama mengumpat Tok Imam suara sengau. Tak pernah Nurul cakap tangkap cintan dengan abang. Padahal, kita ni sepupu pulak tau ! “ tukas Hadi Nasharudin.
  Nurul Syuhada mencebik. Haish,  tak guna punya laki. Kau kenakan aku. Laki ? Belum lagi Nurul, sabar, sabar. Nurul menghela nafas sesaat dua. Kemudian, dia memandang lelaki itu tanpa berkedip.
 “ Sebab Nurul ni pemalu masa kecik, keh keh keh. Nurul baru suka kat kau masa kau dah besar. Yelah, dah hensem sikit kononnya. Suara pun sedap. Jumpa kat nasyid. Lagipun, kau pun suka kat Nurul kan ? Hahaha, dulu hingus kering melekat kat tepi hidung pun kau tak reti bersihkan. Aduhai, lawaknya . “ pecah ketawa Nurul Syahadah. Dia menekan- nekan perutnya. Wajah Hadi Nasharudin berubah merah. Malu dengan tuduhan Nurul Syahadah. Hadi Nasharudin bangun menghadap Nurul Syahadah. Ketawanya mati melihat Hadi Nasharudin menghampirinya.  Wajah mereka agak dekat.
 “ Kat mata tu ada tahi mata dua ketul … “ ujar Hadi Nasharudin perlahan. Dia kemudian berlalu pergi tanpa menghiraukan Nurul Syahadah.  Nurul Syahadah sudah terkulat- kulat menahan malu semalu- malunya. Ketawa Hadi Nasharudin kedengaran meletus di dalam ruang tamu.
Nurul Syahadah mengesat – ngesat matanya dengan hujung bajunya. Tak guna betul kau ni. Aku benci kau. Tapi, aku cintakan kau. Argh ! Pening kepala.
 Nurul Syahadah lantas mengejarnya. Beberapa langkah lagi dia akan berada di hadapan Hadi Nasharudin yang sedang duduk dengan selesa di atas kerusi pelamin.  Namun, nasibnya malang apabila kakinya tersadung pada bucu pelamin di rumah itu. Badannya terasa melayang.
 Dia memejamkan mata. Andai Allah mencabut nyawanya sekarang, dia redha kerana jasad ini hanya pinjaman. Suatu hari nanti, kita semua akan pulang menghadap Ilahi. Dia mencelikkan mata apabila terasa badannya ditampung oleh kudrat sepasang tangan.
 Senyuman di bibirnya terukir melihat Hadi Nasharudin menyambutnya daripada terjatuh. Mata mereka lama bertaut seakan- akan tiada orang di dalam rumah itu. Konon- konon seperti cerita cinta melayu. Riak bimbang terpancar pada wajah Hadi Nasharudin.  Jantungnya berdegup pantas mengalahkan orang baru tamat larian 8000 meter. 8000 meter ? Biar betul kau ni.
“ Hui, dahlah tu. Nak berdrama cintan cintun cintan pulak sekarang. Malam ni nak nikah tau. Baru sekarang nak menyemai kasih. Aduhai, tunggulah esok kalau ya pun. “ usik Faraishah. Kakak kepada Hadi Nasharudin. Mereka berdua tersentak lalu Hadi Nasharudin meleraikan pelukannya itu kemudian menayangkan senyum kambing busuk tak mandi lapan  hari. Ahli keluarga yang lain sudah gelak sakan melihat mereka berdua.
 “ Tulah, siapa suruh lari. Seronoklah diorang tengok drama tanpa bayar kat sini. “ ujar Hadi Nasharudin selamba. Nurul Syahadah mencebik.
“ Eleh, muka tadi macam nak kena bakar. Merah tahap katak. Risau ke Nurul nanti dah takde. “ ucap Nurul Syahadah dalam nada perli. Namun, Hadi Nasharudin masih beriak tenang.
 “ Alah, kalau Nurul dah takde, abang dapat cari orang lain. Hahaha, kesian Nurul melepas nak kahwin dengan orang kacak lagi bergaya bahkan mempesonakan macam abang ni. Hahahahahaha .. “ Nurul Syahadah memukul bahu lelaki itu. Hadi Nasharudin mengaduh sakit.
“ Eleh, nanti kau tak dapat kahwin jugak dengan gadis melayu terakhir yang ayu, sopan, lemah lembut, berbudi pekerti, macam Nurul ni. Hahaha. Entah- entah kalau Nurul takde, kau kahwin dengan singa betina yang brutal nak mati. Hahaha ! “ gelak Nurul Syahadah.
“ Oh yakah ? Abang rasa tak payah tunggu Nurul takde sebab sekarang pun abang kena kahwin juga dengan singa betina yang brutal tahap gajah. Asyik pukul orang aje. Hahaha . “ Telinga Nurul Syahadah seolah- olah berasap. Hadi Nasharudin mengundur setapak demi setapak perlahan- lahan setelah menyedari perubahan bakal isterinya itu. Seperti ingin bertukar menjadi The Incredibible Hulk. Kehkehkeh.
 “ Hadi Nasharudin !! “ Seolah- olah bergegar isi rumah hasil teriakan Nurul Syahadah. Memang bukan gadis melayu terakhir namanya ni. Gadis orang asli terakhir bolehlah sebab suka melalak . Nurul Syahadah menjuihkan bibir. Dia merenung tajam ke arah Hadi Nasharudin.
 
 Mak Niah datang  meredakan  keadaan. Hadi Nasharudin lega.  Alhamdulillah, penyelamat bumi sudah tiba. Jeng, jeng,jeng boboiboi. Kalau Nurul Syahadah singa betina , Mak Niah pula ikan paus bertaring yang kelaparan. Hahaha, sempat kau mengutuk ibu mentua sendiri ya !
“ Dah ! Nurul pergi naik bilik rancang macam mana nak solek muka kau tu. Mak andam kau tu dah lancar peluru membebel dia. Jangan nak berperang dengan menantu mak pulak. Tempeleng kang ! “ tegas Mak Niah.
 Nurul Syahadah menjeling sekilas wajah Hadi Nasharudin yang tersengih sebelum berlalu pergi ke bilik tidurnya. Sukalah tu jadi menantu kesayangan. Erghh ! Sempat Hadi Nasharudin melayangkan ciuman terbangnya kearah Nurul Syahadah. Nurul Syahadah pula berlakon seolah- olah menangkap ciuman itu lalu dicampak ke tanah dan dipijak- pijak. Wajah Hadi Nasharudin berubah mencuka. Nurul Syahadah tersenyum lebar. Puas hati aku ! Hahahaha !

Ditepek kat sini pada8:11 AM | 0 orang sesat
<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>